Wednesday 19 October 2011

Pengenalan Sari Gunung

RAMUAN REMPAH GUNUNG
                                        BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN SEKELUARGA

KETIKA INI RAMAI YANG MENGALAMI PELBAGAI PENYAKIT.
·         APAKAH PUNCANYA?
·         DI MANAKAH SILAPNYA?
·         BAGAIMANAKAH BERLAKUNYA?
·         BOLEHKAH DI CEGAHNYA?
·         RENUNGKAN LAH…..


Segala penyakit berpunca dari makanan yang kita makan dan minum. Perut adalah pusat utama pengumpulan bahan makanan yang kita makan dan minum. Bermulanya dari situ lah segalanya akan bermula dalam tubuh badan kita. Tubuh badan kita mendapat bekalan tenaga dari apa yang kita ambil sebagai makanan dan minuman. Ada kalanya makanan serta minuman yang kita ambil itu adalah racun iaitu pembunuh dalam senyap yang kita tidak sedari. Ketika ini banyak bahan-bahan penambah perisa dalam makanan kita yang datangnya dari lemak-lemak haiwan,unsur-unsur yang belum pasti serta bahan-bahan tiruan yang pasti akan menjadikan kesihatan kita terganggu.


Contohnya, penyakit 3 (tiga) serangkai yang lebih di kenali iaitu penyakit kencing manis, penyakit darah tinggi dan penyakit jantung sering menyerang orang ramai di masa ini.

Penambahan berat badan yang tidak seimbang juga menjadikan seseorang itu mengalami gangguan kesihatan yang nyata. Penambahan berat badan akan menjadikan seseorang itu lembab dan malas. Kebanyakan penyakit datangnya apabila penambahan berat badan seseorang itu bertambah serta emosi yang tidak seimbang. Ini akan menjadikan seseorang itu mendapat penyakit sendi, urat saraf, migrain, lemah badan, senggugut(pada wanita), asma(lelah)dan lain-lain lagi penyakit.


Insyallah, ramuan rempah dari gunung ini telah di adun khas untuk kita semua mencegah, mengawal serta memulihkan ganguan kesihatan dalam tubuh badan kita. Resepi turun temurun dari nenek moyang kita dapat mengembalikan kesihatan kita. Pengambilan yang sempurna secara teratur dapat  memberi kesan yang terbaik kepada kita semua. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

                         


PERMULAAN KESIHATAN BERMULA DARI MAKANAN